suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Askar Terbunuh Disyaki Terkena Tembakan Rakan

IPOH: Seorang anggota tentera terbunuh selepas terkena tembakan dipercayai oleh rakannya dalam satu kejadian di sebuah pos kawalan sempadan di sebuah pulau di Tasik Temenggor dekat Gerik, 180 kilometer dari sini, Khamis.

Ketua Polis Gerik, Supritendan Mahad Nor Abdullah, berkata Kpl Mohd Din Derasa, 36, dari Batalion Ketiga Rejimen Sempadan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Mayat Mohd Din, yang berasal dari Taman Desa Anggerik, Sungai Limau, Yan, Kedah, telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat, katanya.

Mahad Nor berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada pegawai kem rejimen berkenaan pada 6 pagi tadi dan telah menahan rakan Mohd Din yang berusia 39 tahun untuk siasatan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada 4.30 pagi tadi semasa Mohd Din dan rakannya sedang bertugas di pos kawalan itu.

"Bagaimanapun punca kejadian belum diketahui," katanya.

Mahad Nor berkata Mohd Din ditembak dengan senjata jenis laras pendek tetapi polis belum menemui senjata berkenaan yang dipercayai telah dibuang ke dalam tasik.

"Mangsa mengalami kecederan parah di bahagian kepala akibat satu das tembakan dari jarak dekat," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain