Polis Pantau Perhimpunan Anti Samy Vellu - Semasa | mStar

Polis Pantau Perhimpunan Anti Samy Vellu

KLANG: Polis akan memantau perhimpunan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) di sini hari ini walaupun ia dikatakan dijalankan secara tertutup, kata Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamed Mat Yusof.

Beliau berkata walaupun demikian, pegawai dan anggota polis akan dihantar bagi menghalang sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Setakat hari ini tiada permit dikeluarkan polis bagi perhimpunan itu, Polis juga tidak tahu bilangan penyokong yang akan mengambil bahagian dalam perhimpunan itu. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami akan memantau majlis itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau mengulas kenyataan anggota jawatankuasa kerja pusat MIC yang dipecat K.P. Samy, dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam bahawa perhimpunan itu dijadual diadakan di Dewan Hamzah dekat sini hari ini yang akan diteruskan walaupun tanpa permit polis.

Perhimpunan pertama yang diadakan pada 30 Mei di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia di Mines Resort City di Kuala Lumpur dihadiri lebih 5,000 orang.

Gerakan itu adalah hasil inisiatif bekas timbalan ketua pemuda MIC V.Mugilan dalam usaha untuk mendapatkan 500,000 tandatangan daripada anggota MIC di seluruh negara bagi memaksa Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu supaya segera mengundurkan diri dan bukan pada 2011.

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC Selangor, M. Shanker Raj Ayenger, berkata pergerakan itu akan memutuskan sama ada untuk memprotes cadangan mengadakan perhimpunan itu dalam persidangan agung tahunan kebangsaan, hari ini.

"Ketua Pemuda MIC Kebangsaan T. Mohan akan memutuskan perkara itu," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Klang bagi membantah perhimpunan GAS itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Kehilangan Mat Taib Dipersoal

default image

Nek Wook Mahu Anak

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain