suria

Adik Penyanyi Popular Teguk Arak

TERNGANGA mulut Ad Lib bila dengar cerita tentang adik kepada sorang penyanyi popular ni buat hal lagi di sebuah pusat hiburan baru-baru ni.

Kalau Ad Lib huraikan, pasti korang semua dapat agak siapakah gerangannya adik penyanyi popular ni. Adik penyanyi yang Ad Lib maksudkan ni pun boleh dikategorikan sebagai artis jugalah, walaupun percubaannya nak jadi penyanyi tak menjadi sampai ke hari ini.

Bukan semua orang boleh jadi penyanyi, dik oi. Sekalipun kakak kau penyanyi hebat tapi kalau dah memang bukan rezeki kau dalam bidang seni ni, memang tak jadi punya.

Berbalik semula kepada cerita tak senonoh yang dipertontonkan oleh si penyanyi suam-suam kuku ni, menggeleng kepala jugalah sumber Ad Lib tu dibuatnya bila menyaksikan gelagatnya tengah asyik meneguk minuman keras dan berpesta sakan.

Bukan apa, bila sumber Ad Lib tu tengok gaya dan aksi ala-ala mat saleh tu, geli-gelemen sumber tu dibuatnya. Bukan main lagi nak mabuk sakan ya.

Sebelum ni dia dah pernah terkantoi gara-gara aktiviti sosial dan meneguk minuman keras tu dihidu media. Kononnya lepas insiden tu, mati-mati dah tak nak buat perangai lagi. Tapi hampeh, tak lama mana pun insafnya, dah buat hal balik. Insaf sangatlah namanya tu kan!

Kata sumber Ad Lib tu, sakit je biji mata dia tengok hilai tawa penyanyi tu bersuka-ria sambil memegang gelas berisi minuman keras tu.

Sekalipunlah kau tu memang jenis liar dan kaki berpesta, berpada-padalah sikit. Muka kau tu orang kenal walaupun tak sampai 1,000 orang.

Kadang-kadang Ad Lib jadi pening kepala bila melihat peel budak-budak baru hari ini. Karier dan pencapaian entah ke mana tapi gaya hidup, perhhh... mengalahkan bintang Hollywood. Langsung dah tak segan bila buat hal di depan oran ramai.

Ad Lib harap teguran ni akan jadi iktibar buat penyanyi tu dan mana-mana artis lain yang suka meneguk minuman keras.

Awas! beringat-ingatlah sebelum terkena. Kalau dah terkantoi atau kena serbuan nanti, sendiri mau ingatlah. Tapi buat yang terasa tu jangan pula nak melenting tak bertempat, Ad Lib sekadar mengingatkan, bukan nak memalukan tau.

Lagi satu, artis kita ni memang jenis tak pandai jaga maruah. Bila Wardina tegur artis tak boleh jadi ikon, mulalah ramai yang angkat kening tak puas hati. Ehh... helooo!

Kalau ada maruah, tak buatlah benda-benda tak elok. Ad Lib pun bukan baik sangat tapi tahu bawa diri. Kepada artis-artis di luar sana pandai-pandailah jaga diri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain