suria

Dua Maut, Lori Rempuh Belakang Treler Rosak Di Lebuhraya Elite

SHAH ALAM: Dua kelindan lori yang membawa ayam, maut apabila lori mereka merempuh sebuah treler rosak yang diletakkan di lorong kecemasan di KM 2.7 Lebuh Raya Elite di sini pagi tadi.

Kedua-duanya yang berumur lingkungan 20-an mati di tempat kejadian sementara pemandu lori berkenaan cedera parah dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu.

"Pemandu lori berkenaan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang untuk rawatan," kata Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supt Che Hussin Omar.

"Lori yang membawa ratusan ekor ayam itu dilaporkan dalam perjalanan dari sini ke Seremban dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke lorong kecemasan sebelum merempuh treler terbabit," tambahnya.

Kesemua ayam di dalam lori tersebut terbang keluar dan berkeliaran di atas lebuh raya sehingga ada antaranya mati dilanggar kenderaan yang lalu lalang di situ. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain