suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Umno Sedia Hadapi Pilihan Raya Umum Bila-bila Masa

TEMERLOH: Pergerakan Wanita Umno telah menyusun jadual kegiatan jentera pilihan rayanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan lebih awal, kata Naib Ketuanya Datuk Kamilia Ibrahim.

Beliau berkata, pergerakan itu telah menyusun jadual kegiatan jentera pilihan raya yang padat termasuk penerangan, pendaftaran anggota dan kempen untuk tujuan tersebut.

"Wanita Umno tidak pernah berhenti mengadakan aktiviti membantu ahli dan rakyat malah usaha turun padang itu akan digandakan lagi," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, pergerakan itu memberikan tumpuan dalam empat bidang utama dalam usaha membantu golongan wanita iaitu meningkatkan ekonomi mereka, perumahan, pendidikan dan kesihatan. "Kita akan mempastikan golongan wanita mendapat lebih banyak peluang dalam pelaksanaan Model Baru Ekonomi (MBE), selain mempastikan wanita terutamanya ibu tunggal dapat memiliki rumah sendiri," katanya.

Katanya, kira-kira 70 peratus wanita yang bercerai tidak memiliki rumah dan menumpang atau menyewa di tempat lain yang mendatangkan pelbagai masalah kepada mereka. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain