Chua Jui Meng Kembalikan Kesemua Tiga Pingat Ke Istana Johor - Semasa | mStar

Chua Jui Meng Kembalikan Kesemua Tiga Pingat Ke Istana Johor

KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin MCA, Datuk Chua Jui Meng berkata beliau akan mengembalikan bukan sahaja dua tetapi kesemua tiga darjah kebesaran yang dianugerahkan kepadanya kepada Istana Johor.

Chua berkata selain darjah kebesaran Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) dan Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ), yang kedua-duanya membawa gelaran "Datuk", beliau turut menerima Pingat Ibrahim Sultan (PIS) oleh Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail ketika beliau berkhidmat dengan kerajaan.

Bekas menteri kesihatan yang kini merupakan anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat itu berkata beliau tidak tergesa-gesa untuk memulangkan pingat berkenaan tetapi akan melakukannya "dalam masa terdekat" ini.

Chua berkata beliau dimaklumkan Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abd Rahim Ramli mengenai penarikan balik darjah kebesaran itu menerusi telefon pada 8 dan 10 Jun manakala surat rasmi mengenainya dikirimkan kepadanya pada 15 Jun.

"Saya ada mengingatkan beliau (Abdul Rahim) semasa perbualan telefon bahawa saya juga dianugerahkan PIS dan bertanya adakah beliau turut mahukan pingat itu juga. Beliau berkata ya. Saya akan menyerahkan kesemua tiga pingat berkenaan kepada Istana (Johor) dalam masa terdekat ini," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini pada Sabtu.

Meskipun tiada alasan mengapa darjah kebesaran itu ditarik balik, Chua berkata beliau menerima dengan hati terbuka keputusan dan prerogatif Sultan Johor.

Chua, bagaimanapun masih bergelar "Datuk", gelaran yang diterima bersama anugerah darjah kebesaran kurniaan Sultan Pahang.

Selain Chua, tiga lagi individu turut ditarik balik anugerah darjah kebesaran mereka dari Istana Johor iaitu pengembara Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, adik ipar Sultan Johor, Kommander Shaftdean Lufty Rushdan dan peguam Hassan Yunos. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain

Spurs pecat Pochettino!