suria

Mayat Wanita Dijumpai Terapung Di Sungai Tembalik

KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita yang dalam keadaan bogel ditemui terapung di Sungai Tembalik berhampiran kawasan tangki air, Jalan Sungai Tua, Ulu Yam Baru di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supritendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata mayat wanita yang dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an itu dijumpai pada kira-kira pukul 4 petang.

"Tiada kesan kecederaan ditemui pada badan dan kepalanya, tetapi darah dan air keluar melalui hidung," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat itu.

Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat.

Norel Azmi meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain