suria

Cubaan Seludup Gula Satu Lori Ke Thailand Dipatahkan

PENGKALAN KUBOR: Setelah beberapa kali meloloskan diri, pemilik sebuah premis perniagaan di sini hari ini akhirnya ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Marin Pengkalan Kubor DSP Tan Cheng San berkata penahanan lelaki berumur 53 tahun itu adalah berkaitan kegiatan penyeludupan gula yang dilakukannya sejak beberapa bulan lalu.

"Hasil serbuan daripada intipan yang dilakukan beberapa hari lalu bermula di Kota Baharu, kita berjaya menahan lelaki itu dan merampas sebuah lori yang sarat dengan muatan gula dipercayai untuk diseludup ke Thailand," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata turut ditahan dalam serbuan yang dilakukan di sebuah stor berlesen menyimpan barang itu ialah pemandu lori berkenaan yang berumur 36 tahun dipercayai adik kepada pemilik premis berkenaan.

Tan berkata sebanyak 4,800 kilogram gula dianggarkan bernilai hampir RM8,000 ditemui dalam lori itu. - BERNAMA

Artikel Lain