suria

Perkhidmatan Kereta Api Khas Wanita Akan Diperbaiki Lagi Julai Ini

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan kajian keberkesanan mengenai koc khas untuk wanita awal Julai ini untuk memperbaiki lagi perkhidmatan koc itu.

Pengurus kanan Perkhidmatan Komuter KTMB Azreen Mohamed Yusup berkata kajian dua bulan itu adalah perlu untuk syarikat ini kerana terdapat maklumbalas yang positif dan negatif diterima daripada pelbagai pihak mengenai koc wanita tersebut.

Beliau berkata walaupun wanita berpuashati dengan perkhidmatan yang disediakan KTMB, ada sesetengah penumpang tidak berpuashati dengan koc tengah yang disediakan untuk wanita terutamanya pada waktu puncak.

"Kita juga terima aduan daripada lelaki yang mengatakan bahawa koc bercampur lelaki dan wanita kadangkala sangat sesak berbanding dengan koc khas wanita yang masih mempunyai ruang luas semasa waktu puncak," katanya kepada Bernama.

Menurutnya KTMB tindakan dan perubahan sewajarnya akan dibuat berdasarkan hasil kajian itu.

Azreen berharap hasil kajian itu membolehlan kereta api yang telah baikpulih dijadikan stesen kereta api mesra pelanggan untuk lelaki dan wanita tidak lama lagi.

Sementara itu, Pengurus Besar KTMB Mohd Hider Yusoff berkata papan tanda tambahan dan pelekat lantai akan ditempatkan di semua landasan untuk wanita menaiki koc yang betul.

"Terdapat sesetengah penumpang lelaki masih menggunakan koc khas wanita itu, jadi ada beberapa kakitangan keselamatan akan memberikan panduan kepada penumpang untuk menaiki koc," kata beliau.

KTMB juga akan menganjurkan kempen kesedaran tahun ini untuk mendidik orang ramai terutamanya lelaki mengenai kewajaran dan pentingnya koc wanita.

Koc khas wanita itu diperkenalkan pada 28 April lepas untuk laluan Sentul-Port Klang dan diperluaskan ke laluan Rawang-Seremban pada 15 Mei tahun ini.

Artikel Lain