suria

Pengguna E-Filing Cecah 1.489 Juta

KUALA LUMPUR: Meskipun jumlah pembayar cukai pendapatan yang menggunakan e-Filing setakat akhir bulan April tahun ini meningkat 18.4 peratus kepada 1.489 juta berbanding 1.257 juta tahun lepas, namun Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) masih belum berpuas hati.

Ia mahu lebih ramai pembayar cukai menggunakan perkhidmatan e-Filing bagi memudahkannya pemprosesan pembayaran cukai.

"Kalau menggunakan e-Filing, borang nyata tidak perlu melalui banyak proses," kata Timbalan Ketua Pengarah Operasi Percukaian LHDNM, Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar kepada media yang melawat Jabatan Pemprosesan dan Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM, di sini hari ini.

Beliau berkata jumlah penerimaan borang nyata pembayar cukai individu setakat bulan April menunjukkan penurunan kepada 667,885 berbanding 730,246 tahun lepas.

Beliau berkata bagi mencetak, menghantar dan memproses setiap set borang nyata tahun ini, kosnya menelan belanja RM6.68. - BERNAMA

Artikel Lain