suria

Polis Cedera Ditetak Dalam Kejadian Amuk

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis cedera di lengan selepas ditetak dengan parang oleh seorang lelaki dipercayai kurang siuman dalam satu kejadian amuk di Jalan Wawasan, Puchong hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, anggota polis berpangkat koperal itu ditetak selepas cuba mententeramkan suspek.

"Polis menerima maklumat dari orang awam bahawa terdapat kejadian amuk di kawasan perumahan mereka sebelum dua anggota polis dikejarkan ke tempat kejadian.

"Dua anggota polis itu kemudian cuba memujuk suspek tetapi suspek tidak mengendahkannya lalu terus menyerang anggota polis berkenaan menggunakan parang," katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Beliau berkata seorang daripada anggota polis tersebut tidak sempat mengelak sebelum lengannya terkena hayunan parang bagaimanapun suspek berjaya ditahan sejurus itu.

Katanya anggota polis berkenaan cedera ringan dan kini dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Serdang manakala suspek ditahan di Balai Polis Puchong untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Wee Choo Keong Keluar PKR

Artikel Lain