suria

Pemasang Mozek Diperintah Bela Diri Kerana Membunuh

PULAU PINANG: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang pemasang mozek supaya membela diri terhadap pertuduhan membunuh seorang lelaki berumur 21 tahun, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Zaki Mohd Yassin memerintahkan Ong Teik Thai untuk membela diri pada 18 Jun selepas mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Ong, 31, dituduh bersama dengan empat orang lain yang masih bebas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kerana membunuh penjual nasi ayam periuk tanah Choi Yu Ki di Pekan Teluk Kumbar pada 6 April, 2006.

Ong diwakili peguam O. Alvinthiren manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Arik Zakri Abdul Kadir. - BERNAMA

Artikel Lain