suria

Kini Kamalanathan Disebut-sebut Calon BN di Hulu S'gor

PETALING JAYA: Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan kini disebut-sebut akan diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

Menurut sumber dalaman parti itu keputusan itu dibuat selepas mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat (CWC) parti itu semalam.

Kamalanathan yang juga anak jati Hulu Selangor,berasal dari Rawang.

Sebelum ini, ada desas-desus mengatakan Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu hanya menghantar satu nama calon sahaja, iaitu Timbalannya, Datuk G. Palanivel kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Satu lagi nama yang turut disebut-sebut ialah Naib Ketua Pemuda MIC, V.Mugilan,35, yang juga merupakan anak tempatan.Mugilan yang juga anak didik Palanivel berasal dari Ladang Kerling.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan calon BN di bilik gerakan BN, di Jalan Kantan, Taman Bukit Sentosa, Rawang pada jam 4 petang nanti.

Artikel Lain