suria

Reman "Tuan Muda" Dilanjut Tiga Hari Lagi

KUANTAN: Tempoh tahanan reman remaja yang menyamar sebagai Tuan Muda Pahang dilanjutkan selama tiga hari lagi sehingga Khamis ini.

Perintah tahanan reman terhadap remaja berusia 17 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Norzaihan Mohamad Ali di lokap mahkamah.

Jumaat lepas, remaja yang berasal dari Bera, Pahang itu ditahan polis di rumah saudaranya di Pekan, ekoran aduan daripada pihak Istana Pahang mengenai kes penyamaran itu.

Remaja terbabit yang merupakan pelajar pintar, dipercayai memperdaya seorang exco kerajaan negeri Pahang dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kecil dengan menggunakan gelaran "Yang Mulia Tuan Muda" dan mendakwa bahawa dia adalah anak angkat kepada Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. - BERNAMA

Artikel Lain