suria

Najib Temui Obama Di Washingston

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Barack Obama mengadakan perbincangan dua hala pertama selama 40 minit pada Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yang berlangsung di Washington, Amerika Syarikat semalam. Seramai 46 pemimpin dunia diundang ke sidang kemuncak itu. Ia adalah himpunan terbesar ketua-ketua kerajaan atau wakil mereka dari seluruh dunia di Washington bagi membolehkan Obama menggembleng sokongan dalam usaha membanteras keganasan nuklear. - Foto AP

WASHINGTON: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Barack Obama pada Isnin mengadakan perbincangan dua hala di sini dalam pertemuan yang dilihat sebagai satu lagi langkah ke hadapan dalam hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat.

Kedua-dua pemimpin itu berbincang di Pusat Konvensyen Walter E.Washington, tempat berlangsungnya Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yang bersejarah itu, yang bermula kemudiannya.

Najib dan Obama kelihatan tenang semasa mereka mengadakan perbincangan dua hala itu yang pertama kali diadakan yang berlangsung di pusat tersebut.

Dalam suasana mesra, Najib dan Obama berbincang selama 40 minit, lebih lama daripada yang dijadualkan selama setengah jam, diapit oleh Pemangku Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim yang juga Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton.

Turut serta dalam delegasi Perdana Menteri untuk perbincangan dengan Obama, ialah Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.

Najib adalah antara 46 pemimpin dunia yang diundang ke sidang kemuncak itu. Ia adalah himpunan terbesar ketua-ketua kerajaan atau wakil mereka dari seluruh dunia di Washington bagi membolehkan Obama menggembleng sokongan dalam usaha membanteras keganasan nuklear.

Selain Najib, Presiden Amerika Syarikat itu juga mengadakan pertemuan dengan Raja Abdullah dari Jordan, Presiden Ukraine Viktor Yanukovich, Presiden Armenia Serzh Sargsian dan Presiden China Hu Jintao.

Najib dan Hu merupakan hanya dua orang pemimpin Asia yang mengadakan pertemuan dengan Obama di luar sidang kemuncak itu.

Obama telah menelefon Najib pada Jun tahun lepas untuk membincangkan krisis kewangan global serta isu pengawalan senjata nuklear dan Perdana Menteri juga mengambil peluang itu membangkitkan isu dua rakyat Malaysia yang ditahan di Teluk Guantanamokerana didakwa ada hubungan dengan kumpulan militan Al Qaeda dan Jemaah Islamiah.

Di U.S Naval Observatory, 12 pemimpin asing diraikan pada jamuan makan tengah hari oleh Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, membincangkan komitmen Obama untuk satu dunia yang bebas senjata nuklear dan menangani hasrat Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), menurut White House. Selain Najib, pemimpin asing lain yang turut hadir ialah Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma, pemangku Presiden Nigeria Dr Goodluck E.Jonathan, Presiden Vietnam Nguyen Tan Dung, Perdana Menteri Maghribi Abbas El Fassi, Naib Presiden Indonesia Boediono, Timbalan Perdana Menteri Thailand Trairong Suwankiri, Menteri Luar Mesir Ahmed Aboul Gheit, Menteri Luar Algeria Mourad Medeici, Putera Muqrin Abdul al-Aziz Saud dari Arab Saudi, Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo dan Presiden Chile Sebastian Pinera.

Sebelum itu, Najib dikunjungi Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, James Steinburg, yang melawat Malaysia pada September tahun lepas.

Perdana Menteri juga dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari New Zealand John Key pada sebelah petang sebelum sidang kemuncak itu bermula.

Sidang kemuncak itu adalah sebahagian daripada atur cara lawatan kerja Najib seminggu ke Amerika Syarikat, lawatan kedua selepas beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam pada April tahun lepas. -BERNAMA

Artikel Lain