Mayat Tidak Dituntut Waris Di Pusat Perubatan UKM

KUALA LUMPUR: Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam memaklumkan terdapat mayat seorang pesakit yang belum dituntut waris di pusat perubatan itu.

Pegawai Perhubungan Awam Kanan, Pusat Perubatan UKM Foziah Hanon Ahmad dalam satu kenyataan berkata, Chan See Hoy, 63, dengan nombor pendaftaran pesakit N090178 telah dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 17 Feb lepas.

Chan meninggal dunia pada 19 Mac lalu dan alamat terakhir si mati adalah bertempat di No 22, Jalan Dayang 7/8 Bandar Mahkota Cheras, Kajang.

Waris berkenaan diminta menghubungi talian 03-91455445/5371/5467/5468 dalam tempoh dua minggu daripada kenyataan ini disiarkan. - BERNAMA

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain