suria

Polis Minta Bantuan Kesan Dua Saksi Penting Kes Pecah Amanah

SEREMBAN: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan dua lelaki yang menjadi saksi penting dalam kes pecah amanah.

Mereka ialah Mohd Azrai Halim, 22, yang beralamat di M70, Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang, Selangor dan Mohd Khairul Anuar Halim, 25, beralamat No.11, Jalan Sri Mawar 7, Taman Sri Mawar, Senawang, Negeri Sembilan.

Polis dalam satu kenyataan menyebut kedua-dua mereka ialah saksi penting bersabit kes pecah amanah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua saksi itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Faradilla Abd Ghani di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222 / 06-6014999. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain