suria

Dua Kemalangan Menyebabkan Jambatan Pulau Pinang Sesak Teruk

BUTTERWORTH: Dua kemalangan di laluan menghala ke pulau Jambatan Pulau Pinang pagi ini menyebabkan ribuan pengguna terperangkap dalam kesesakan teruk di jambatan itu.

Kesesakan yang berlaku sejak pukul 8 pagi itu menyebabkan semua kenderaan hampir tidak bergerak sehingga Seberang Jaya iaitu kira-kira lima kilometer dari tol jambatan.

Jurucakap polis yang dihubungi berkata kemalangan pertama berlaku di pertengahan jambatan melibatkan tiga kenderaan manakala kejadian kedua pula melibatkan dua kenderaan.

"Kesesakan teruk berlaku kerana ketika itu orang ramai dalam perjalanan ke tempat kerja. Sikap pengguna yang memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan memburukkan lagi kesesakan," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain