suria

Ahli Perniagaan Disamun Wang Tunai RM400,000

KUCHING: Seorang ahli perniagaan kerugian RM 400,000 apabila begnya yang berisi wang tunai dilarikan dua perompak di Kota Samarahan, dekat sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Abdul Rahman Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, lelaki yang berusia dalam lingkungan 40an memberhentikan keretanya di tepi jalan setelah ditahan oleh dua lelaki.

"Kedua-dua suspek yang tidak bersenjata kemudian terus membuka pintu kereta mangsa dan melarikan beg berisi wang tunai RM400,000 itu," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua suspek dipercayai warga asing.

Abdul Rahman bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kes itu kerana bimbang akan menjejaskan siasatan.

"Kes akan disiasat daripada semua sudut," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain