suria

Bekas Setiausaha Umno Tanah Merah Digugur Keahlian

TANAH MERAH: Bekas Setiausaha Umno Bahagian Tanah Merah, Amran Abdul Rahman, 46, digugur keahliannya dalam Umno setelah membawa perkara parti ke mahkamah dalam saman pemula terhadap Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Timbalan Ketua Umno bahagian, Baharuddin Yusof.

Setiausaha Umno Bahagian Tanah Merah, Ahmad Ismail berkata beliau menerima surat pengesahan dari ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Surat bertarikh 1 Mac memaklumkan Amran yang juga ahli cawangan Simpan 3 Seri Mahligai digugurkan setelah membawa perkara parti ke mahkamah," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini, hari ini.

Pada 17 Feb lepas, Amran mengemukakan saman pemula ke atas Ikmal Hisham dan Baharuddin di Mahkamah Tinggi Kota Baharu kerana menganggap kemenangan kedua-dua pemimpin bahagian itu meragukan.

Pada pemilihan 2008, Ikmal Hisham menang tanpa bertanding untuk jawatan Ketua Umno bahagian Tanah Merah setelah mendapati 92 dari 108 cawangan yang berdaftar di bahagian itu mencalonkannya manakala Baharuddin mengalahkan penyandang Datuk Saari Hassan dalam pertandingan satu lawan satu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain