suria

Jawi Digesa Pertingkat Penguatkuasaan Sempena Hari Valentine

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam negeri khususnya di Wilayah Persekutuan digesa meningkatkan usaha penguatkuasaan undang-undang kesalahan jenayah syariah terutama terhadap pasangan yang menyambut Hari Valentine 14 Februari ini.

Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata usaha itu adalah perlu bagi menghalang perlakuan tidak sopan di khalayak ramai, berkhalwat, minum arak dan sebagainya yang jelas mencemar imej Islam.

"Kita sedia maklum, sempena budaya songsang Hari Valentine, remaja Islam dikempen untuk merayakan perayaan itu sungguhpun telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan peringkat negeri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, PUM meminta pihak berkuasa agama negeri agar terus meningkatkan penguatkuasaan bagi menghalang aktiviti yang bercanggah dan mencemarkan imej Islam. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain