suria

ERL Beri 888 Tiket Percuma

KUALA LUMPUR: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengedarkan 888 tiket percuma kepada penumpang ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor berkata, mereka yang berminat boleh mendapatkan tiket tersebut di kaunter ERL di KL Sentral mulai hari ini, berdasarkan siapa dahulu mereka dapat.

Beliau berkata, tiket itu adalah untuk perjalanan antara 8 hingga 28 Februari. Tahun Baru Cina disambut pada 14 Februari.

"Mereka yang mempunyai tiket ini akan menaiki ERL dari KL City Air Terminal dan turun di Bandar Tasik Selatan sebelum meneruskan perjalanan ke LCCT dengan bas," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program "ERL Balik Kampung" tersebut.

Noormah berkata, pemberian tiket percuma itu adalah bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kemalangan jalan raya di musim perayaan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain