suria

Wanita Ditemui Mati Dalam Kereta

IPOH: Seorang wanita ditemui mati dalam keretanya di tempat letak kereta berhampiran kedai perabot di Gunung Rapat di sini hari ini.

Ainon Ahmad, 50, berasal dari Menglembu ditemui tersandar di kerusi memandu kereta jenis Perodua Kembara oleh orang awam pada kira-kira pukul 1.30 petang.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, setakat ini polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah.

"Siasatan awal mendapati wanita itu mati dipercayai akibat serangan sakit jantung," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, mayat wanita itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Berikut

7 Kaki Sabung Ayam Ditahan Polis

Artikel Lain