Kerajaan Negeri Perlu Keluar Peruntukan Beli Siput Gondang - Semasa | mStar

Kerajaan Negeri Perlu Keluar Peruntukan Beli Siput Gondang

KUALA SELANGOR: Kerajaan Negeri Selangor perlu mengeluarkan peruntukan sendiri sekiranya bercadang membeli telur dan siput gondang emas bagi menyelesaikan masalah haiwan perosak itu yang mengancam tanaman padi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya sebelum ini telah membincangkan mengenai cadangan itu tetapi berpendapat ia tidak akan menyelesaikan masalah, malah akan menimbulkan kesan negatif lain.

"Kementerian memutuskan akan mengawal ancaman siput gondang menggunakan racun. Dalam masa yang sama kita mengalu-alukan kesediaan kerajaan negeri Selangor yang sanggup beli telur dan siput gondang tetapi saya tegaskan bahawa kerajaan negeri kena keluarkan peruntukan sendiri dan fikir hendak jual di mana.

"Jangan salahkan Kerajaan Persekutuan kerana mereka yang berjanji dengan pesawah untuk membelinya," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Program Kawalan Siput Gondang Secara Integrasi di Sawah Sempadan Tanjung Karang di sini hari ini.

Noh mengulas cadangan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam Dan Pembangunan Usahawan Selangor, Yaakop Sapari baru-baru ini bahawa petani boleh menggunakan dua pilihan bagi mengelakkan masalah siput gondang emas, sama ada mengutip serta menjualnya atau membuat semburan racun secara berkelompok.

Yaakop dilaporkan berkata, kerajaan negeri akan menjalankan kegiatan mengutip siput itu dengan menjual RM1 sekilogram dan telurnya RM2 sekilogram serta mengumpul siput yang ingin dijual pada setiap Jumaat.

Noh berkata, kementerian telah mengeluarkan peruntukan RM195,000 untuk memberikan bantuan racun secara percuma kepada 87 petani dalam usaha menyelesaikan masalah serangan siput gondang di kawasan sawah sempadan Tanjung Karang seluas 90 hektar.

Pengagihan bantuan racun itu akan diberikan secara berperingkat, katanya dan menurutnya petani perlu bergotong royong bagi memastikan langkah kawalan menggunakan racun itu berkesan.

"Kita tidak mahu ada petani yang tabur racun di sawahnya tetapi jirannya tidak berbuat demikian. Ini akan menyebabkan timbul masalah di mana sawah yang telah ditabur racun berisiko diserang siput yang datang dari sawah jiran yang tidak ditabur racun," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Kejujuran KPI Penting Usahawan: Koh

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain