suria

Suspek Seludup Manusia Diserah Pada Polis Singapura

JOHOR BARU: Seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun yang dipercayai terlibat kes penyeludupan manusia, yang dikehendaki oleh polis Singapura, ditahan di Pengkalan Rinting, Tampoi di sini pada 11 pagi semalam.

Lelaki itu yang telah dikeluarkan waran tangkap oleh polis Singapura melalui Interpol Bukit Aman telah diserahkan kepada pihak polis Singapura pada pukul 6 petang semalam.

"Suspek dikehendaki oleh polis Singapura kerana dipercayai menjalankan aktiviti penyeludupan manusia dari Malaysia ke Singapura," kata Komander Markas Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Dua, Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abd Rahman dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khamsani berkata, PGM akan terus bekerjasama dengan Polis Pengawal Pantai Singapura di dalam membendung semua bentuk aktiviti jenayah di perairan kedua-dua negara termasuk kegiatan penyeludupan manusia.

Beliau juga mengalu-alukan orang ramai memberikan maklumat mengenai kegiatan jenayah di perairan negara dengan menghubungi talian 07-2372222 atau 07-2376122. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

10 Pengganas Ditahan ISA

Artikel Lain