Malaysia Jadi Perhatian Anggota Asean Dalam Bidang Pendidikan - Semasa | mStar

Malaysia Jadi Perhatian Anggota Asean Dalam Bidang Pendidikan

CEBU: Malaysia sentiasa diberi perhatian oleh negara anggota Asean khususnya dalam perkembangan bidang pendidikan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Tan Sri Dr Zulkurnain Awang.

Beliau berkata negara anggota melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya melaksanakan pendidikan bagi memastikan semua rakyatnya tidak tercicir.

"Kita ada kekuatan sendiri yang boleh dikongsi bersama negara Asean lain dalam bidang pendidikan. Mereka sentiasa perhatikan kita kerana Malaysia menjalankan banyak inisiatif," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pegawai tinggi Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (Seameo) ke-45 di sini hari ini.

Mesyuarat kira-kira tiga jam itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran bagi bertukar-tukar pandangan dan pengalaman mengenai bidang pendidikan dengan negara anggota.

Zulkurnain berkata negara anggota Asean sentiasa menjadikan Malaysia sebagai contoh dan panduan kerana negara sering melaksanakan beberapa inisiatif khusus untuk kepentingan pelajar dan kebajikan guru.

"Salah satu inisiatif kita ialah merapatkan jurang pendidikan di antara luar bandar dan bandar, memberikan pendidikan untuk semua. Tiada negara yang mempunyai perancangan yang begitu komprehensif dalam membantu pelajar miskin," katanya.

Asean dianggotai Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Pada persidangan Seameo yang berlangsung di Cebu, sebuah pulau peranginan terkenal di Filipina, menteri-menteri pendidikan dijangka membincangkan laporan mengenai Rangkaian Universiti Asean dan bahan sumber sekolah Asean.

Satu forum mengenai kaedah pembelajaran masa depan akan turut diadakan. Malaysia dijangka berkongsi pengalamannya dalam soal pembangunan pelajaran pada forum itu.

Sekretariat Seameo yang berpejabat di Bangkok akan membentangkan laporan mengenai projek bersama bagi pendidikan untuk golongan terpinggir di negara-negara Asia Tenggara.

Anggota Seameo terdiri Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Vietnam.

Setiausaha Pelajaran Filipina Jesli Lapus akan merasmikan persidangan empat hari itu esok di The Marquee, Hotel Shangri-La, Cebu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Mahkamah Benar Mastura Cerai Fasakh

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain