Mahkamah Tinggi Batalkan Larangan Ke Atas Buku Mengenai Wanita Islam Yang Dipohon SIS - Semasa | mStar

Mahkamah Tinggi Batalkan Larangan Ke Atas Buku Mengenai Wanita Islam Yang Dipohon SIS

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan larangan oleh Kementerian Dalam Negeri ke atas buku, Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism, dalam semakan kehakiman yang dipohon oleh pertubuhan bukan kerajaan, Sisters in Islam (SIS).

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof memutuskan bahawa edaran buku itu tidak mengancam ketenteraman awam oleh kerana hanya tujuh dari 215 halaman buku itu dikatakan menyinggung garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Beliau berkata Menteri Dalam Negeri telah bertindak secara tidak sah dan tidak rasional dalam mengharamkan buku itu pada 31 Julai 2008, selepas ia berada dalam edaran selama dua tahun.

SIS, dalam permohonan bagi semakan kehakiman yang difailkan pada 15 Disember 2008, menamakan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar, sebagai responden, dengan mendakwa bahawa pengharaman buku itu adalah di luar bidang kuasa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan melanggar Artikel 8(2), 10(1)(a) dan 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Buku itu mengandungi himpunan esei oleh aktivis dan intelektual antarabangsa yang disunting oleh ahli sosiologi Prof Norani Othman dari Institiut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku itu diharamkan atas alasan ia mirip kepada mengelirukan masyarakat Islam, khususnya wanita, dan percubaan mentafsir kenyataan-kenyataan mengenai Islam yang menyebabkan "ancaman terhadap ketenteraman awam".

SIS diwakili oleh peguam-peguam Malik Imtiaz Sarwar dan K.Shanmuga sementara Peguam Kanan Persekutuan Noor Hishamuddin Ismail, mewakili Menteri Dalam Negeri. - BERNAMA

Artikel Sebelum

KPDNKK Akan Pinda, Perkenal Akta Baru

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain