suria

Kedutaan AS Ditutup Isnin Ini

KUALA LUMPUR: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini akan ditutup pada Isnin ini sempena ulang tahun kelahiran mendiang pemimpin hak asasi manusia, Dr Martin Luther King Jr.

Semua perkhidmatan kedutaan, termasuk visa dan pasport Amerika serta perkhidmatan notari, akan disambung semula pada Selasa, menurut kenyataan kedutaan itu, di sini, hari ini.

Untuk sebarang kecemasan, pihak kedutaan boleh dihubungi di talian 03-2168-5000.

Cuti ulang tahun kelahiran Dr King, pemimpin hak asasi kulit hitam di Amerika Syarikat yang tersohor dengan ucapan "Saya Mempunyai Sebuah Mimpi", disambut pada 15 Januari setiap tahun.

Dr King, yang lahir pada 15 Januari 1929, dibunuh di Memphis, Tennessee, pada 4 April 1968 ketika berusia 39 tahun. - BERNAMA

Artikel Sebelum

YWP Bantu 161 Pelajar Miskin

Artikel Lain