suria

Taib Kecam Serangan Ke Atas Gereja Di Sarawak

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengutuk dengan sekerasnya tindakan khianat merosakan sebuah gereja di Lutong, Miri, semalam.

"Tindakan pengecut ini paling teruk boleh dilakukan seseorang.

"Saya minta maaf untuk berkata demikian. Saya tidak pernah bercakap macam itu," katanya kepada pemberita ketika mengulas insiden membaling batu sehingga merosakan tingkap di Gereja Good Shepherd, Lutong.

Taib berkata penduduk di Sarawak sentiasa hidup secara aman dan menghormati agama penganut lain di negeri itu.

"Saya ingat moyang saya apabila mubaligh Kristian buat pertama datang ke Mukah, beliau menawarkan bantuan untuk membina gereja mereka. Ini bukan bertentangan dengan Islam," katanya. BERNAMA

Artikel Lain