suria

Gereja Di Miri Sasaran Terbaru - Hishammuddin

RAWANG: Tujuh buah gereja termasuk yang terbaru di Miri, Sarawak, menjadi sasaran cubaan membakar dan vandalisme setakat ini, bagaimanapun keadaan adalah terkawal, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.

Beliau berkata selain gereja di Miri, kes terbaru turut membabitkan gereja All Saints dan pos pengawal Sekolah Menengah Convent di Taiping, Perak.

"Keadaan adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu khuatir dan diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan laporanlaporan di internet serta melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program motivasi pendidikan di bawah program Juara Rakyat di tapak ekspo Bukit Sentosa, Bukit Beruntung dekat sini, hari ini.

Dalam insiden vandalisme di Gereja Good Sheperd dekat Lutong Bazaar, kirakira 10km dari Miri, dua daripada tingkap kacanya pecah selepas dibaling bata hari ini.

Ditanya sama ada rentetan kejadian itu ada kaitan dengan pihak ketiga, Hishammuddin berkata memang ada pihak tertentu yang cuba melakukannya, tetapi "sama ada ia berkisar kepada masyarakat setempat, itu akan saya maklumkan kemudian."

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak menerima secara total laporan media asing dan internet mengenai insiden membakar gereja kerana berita yang dilaporkan tidak menggambarkan keadaan sebenar.

Hishammuddin berkata terdapat segelintir media asing yang memberi gambaran kurang tepat, malah menggembargemburkan kejadian itu seolaholah keadaan di negara ini tidak terkawal.

Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan taklimat kepada para perwakilan kedutaan asing di negara ini bagi menerangkan kedudukan sebenar isu tersebut.

"Kita kena beri penjelasan kepada masyarakat luar negara kerana ada warga kita di luar sana yang mahu tahu perkembangan sebenar kerana isu ini sering digembargemburkan pihakpihak tertentu, termasuklah apa yang diambil daripada internet.

"Saya bimbang gambaran yang diberikan itu tidak tepat. Jadi KDN telah memanggil wakil daripada kedutaan dan saya sendiri akan berjumpa dengan dutaduta untuk menerangkan apa yang sebenarnya berlaku.

"Memandangkan mereka perlu memberi gambaran sebenar kejadian itu kepada kerajaan masingmasing, mereka perlu mendapat maklumat yang sahih daripada kerajaan," katanya.

Hishammuddin juga memberi ingatan kepada pihak yang cuba melibatkan Umno dan kerajaan dalam isu tersebut supaya menghentikan perbuatan itu, dan memikirkan sebaikbaiknya kerana mereka akan dipertanggungjawabkan sekiranya sesuatu yang buruk berlaku.

"Tuduhan mengatakan Umno sebenarnya di belakang semua kejadian ini merupakan satu fitnah yang amat dahsyat dan akhirnya orang akan tahu kerana kita telah mempunyai maklumatmaklumat tertentu berhubung siapa yang terlibat," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain