suria

Peniaga Rugi Wang Asing RM200,000 Dilarikan

KUANTAN: Seorang pemilik kedai kain yang juga pengurup wang mendakwa kedainya dipecah masuk hari ini menyebabkan beliau mengalami kerugian apabila pelbagai mata wang asing bernilai RM200,000 miliknya dilarikan.

Hatar Mohamad Ali, 40, mendakwa beliau hanya menyedari kejadian itu sekembalinya daripada menunaikan solat Jumaat di masjid negeri berdekatan pada pukul 2 petang.

"Saya bersama beberapa pekerja keluar bersembahyang pada pukul 12.15 tengah hari dan mengunci semua pintu premis.

"Ketika pulang dari menunaikan solat, saya dapati pintu premis di bahagian luar terbuka manakala pintu bilik di bahagian dalam premis yang menempatkan wang tunai dipecahkan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain