suria

Pemuda Umno Selangor Batal Perhimpunan

SHAH ALAM: Pergerakan Pemuda Umno Selangor menangguhkan perhimpunan besar-besaran bagi membantah penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald yang dirancang diadakan di masjid seluruh negeri Selangor pada Jumaat ini.

Ketuanya, Suhaimi Mohd Ghazali berkata, keputusan itu sebagai menghormati saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta semua umat Islam bertenang dan tidak mengambil tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan negara.

"Kami menghormati saranan Perdana Menteri yang tidak mahu isu itu penggunaan kalimah Allah) diburukkan lagi dengan pelbagai demonstrasi ataupun perhimpunan," katanya dalam satu sidang akhbar yang turut hadiri oleh beberapa pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda Umno Selangor.

Khamis lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain