suria

Penunggang Motosikal Mabuk Maut Jatuh Longkang

IPOH: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dan terjatuh ke dalam longkang sedalam 2.8 meter di Jalan Pasir Putih di sini hari ini.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian jam 1 tengah hari tadi, mangsa Chang Chee Meng, 51, dari Pasir Pinji yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

"Siasatan awal polis mendapati, mangsa dipercayai mabuk ketika menunggang motosikal bagaimanapun siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kemungkinan mangsa juga lemas semasa berada dalam longkang yang penuh berisi air itu. Mayatnya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Semasa kejadian mangsa, seorang penganggur, dalam perjalanan ke rumahnya di Pasir Pinji. Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain