Ekonomi Negara Akan Lebih Kukuh Pada 2010 – Najib - Semasa | mStar

Ekonomi Negara Akan Lebih Kukuh Pada 2010 – Najib

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mencatat pertumbuhan lebih kukuh dan positif pada tahun 2010 dengan inisiatif jangka panjang dan jangka pendek yang akan diperkenalkan oleh kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap defisit fiskalnya akan dapat dikurangkan daripada 7.4 peratus kepada 5.6 peratus pada tahun 2010.

Oleh itu, katanya, pada 2010, kerajaan akan mengemukakan dua inisiatif penting.

Najib berkata, salah satu daripada inisiatif jangka panjang ialah menyediakan satu model ekonomi baru yang akan digunakan sebagai panduan untuk arah mencapai wawasan 2020 dan tahun-tahun akan datang, sementara insiatif iangka pendek ialah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

“Sesungguhnya, kejayaan dua inisiatif ini memerlukan peranan proaktif daripada setiap rakyat Malaysia. Memang benar dalam menghadapi cabaran ekonomi itu, kita pernah mencapai kejayaan dan ia bukannya satu kebetulan tetapi kita berjaya kerana dapat membuat pilihan bijak dalam mengatasinya.

“Saya percaya kunci kejayaan kita pada masa depan bukan hanya bergantung kekayaan sumber asli namun lebih penting adalah melahirkan modal insan yang berilmu dan mempunyai semangat keusahawanan dalam menjana kekayaan baru untuk negara,” katanya dalam ucapan sempena Tahun 2010 yang disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.

Bagaimanapun, Najib berkata, matlamat negara dalam tempoh jangka masa panjang bukan sekadar pulih daripada krisis ekonomi kerana yang lebih penting ialah menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur dengan proses transformasi yang berterusan.

Beliau berkata, proses tersebut penting demi menjamin kemakmuran negara dalam menghadapi cabaran ekonomi global.

“Kita perlu melahirkan mereka yang pakar dalam bidang penciptaan terutamanya bidang ekonomi berasaskan pengetahuan dalam usaha merealisasikan budaya inovasi dan mereka mempunyai kreativiti tersendiri dalam pelbagai bidang,” ujarnya.

Najib berharap rakyat Malaysia dapat meraikan sambutan tahun baru 2010 dalam suasana aman dan harmoni.

Beliau turut menyeru semua lapisan masyarakat untuk bergerak ke hadapan bagi mencapai kejayaan bersama-sama, ‘di sana masih banyak jalan untuk mengembara dan banyak lagi cabaran yang perlu dihadapi’.

“Kita perlu bersama-sama mendukung semangat itu, saya percaya saya tidak keseorangan dalam menjayakannya. Saya tahu rakyat di negara ini sangat berwibawa, berbakat dan dan mempunyai tahap kenyakinan yang tinggi.

“Marilah kita bersikap optimistik dalam mengharumkan nama Malaysia,” katanya dan berharap tahun 2010 akan membawa kemakmuran, keselamatan, kesihatan yang baik serta rezeki yang melimpah ruah kepada Malaysia dan rakyatnya.

Najib menganggap tahun 2009, sebagai tahun yang mencabar dengan pelbagai isu seperti krisis pemanasan global yang mengancam negara di dunia.

“Sumbangan setiap warga Malaysia amat penting dalam memastikan kejayaan. Setiap sumbangan mereka tidak akan dipinggirkan. Kerajaan sentiasa mengalu-alukan jasa yang telah mereka berikan.

“Ia bukannya satu pembaziran jika bakat yang diasah di negara ini digunakan untuk membawa kemakmuran kepada negara-negara lain?” katanya.

Di bawah pentadbirannya, kerajaan telah mewujudkan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) membabitkan usaha mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan penambahbaikan pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

“Saya berharap bahawa NKRA dan KPI (Penunjuk Prestasi Utama) tidak akan lengkap tanpa maklum balas dan sumbangan idea serta pendapat daripada orang ramai.

“Saya percaya dengan hubugan antara kerajaan dan rakyat, kami akan meneliti idea serta cadangan yang diberikan dalam usaha memperbaiki kelemahan kita,” katanya.

Artikel Sebelum

Dr Asri Ketuai Misi Dakwah Malam Tahun Baru

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain