Wanita Buat Laporan Anak Hilang Berikutan Penemuan Mayat Di Kampung Boyan - Semasa | mStar

Wanita Buat Laporan Anak Hilang Berikutan Penemuan Mayat Di Kampung Boyan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita membuat laporan tentang kehilangan anaknya kepada polis berikutan penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun di kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney, Jalan Semarak di sini dua hari lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman berkata, laporan itu dibuat oleh seorang wanita berbangsa India di Balai Polis Dang Wangi semalam.

"Wanita ini membuat laporan bahawa anak perempuannya yang berumur 12 tahun hilang sejak dua hari lalu, iaitu pada hari yang sama mayat separuh bogel seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditemui terapung di kolam tadahan banjir.

"Kita sedang berusaha untuk menyelesaikan kes ini secepat mungkin dan saya berharap orang ramai berhenti daripada membuat spekulasi dan andaian bahawa kes ini mempunyai kaitan dengan pembunuhan kejam kanak-kanak berusia lapan tahun iatu Nurin Jazlin Jazimin pada 16 September 2007 dan kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun Sharlinie Mohd Nashar pada 9 Januari 2008," katanya.

Mayat kanak-kanak yang ditemui di kolam itu bagaimanapun masih belum dikenal pasti identitinya.

Mayat mangsa ditemui oleh tiga pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumur (DBKL) ketika sedang membersihkan kolam tersebut kira-kira jam 11.30 pagi.

Dalam perkembangan lain, Mohammad Sabtu memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan haram seperti yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikatakan akan diadakan di Dataran Merdeka pada Ahad ini.

Katanya, polis tidak menerima sebarang permohonan dari mana-mana pihak untuk mendapatkan permit bagi mengadakan perhimpuan itu.

Beliau berkata, pihak polis turut menerima SMS yang menggesa orang ramai menyertai perhimpunan itu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan penentuan mata pelajaran bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). - BERNAMA

Artikel Berikut

2009 Tahun Penuh Cabaran Buat Nik Aziz

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain