suria

Pelancaran TV Al-Hijrah Ditangguh

PUTRAJAYA: Majlis pelancaran TV Al-Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1431H/2009M yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini esok, ditangguh. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Asiah AlKharib Shah berkata, terdapat kesilapan (ralat) berhubung maklumat tersebut yang dimaklumkan melalui kenyataan akhbar jabatan itu semalam berhubung pengumuman pelancaran TV Al-Hijrah sempena majlis sambutan itu.

"Pihak Jakim ingin memaklumkan bahawa majlis sambutan Maal Hijrah yang akan diadakan esok hanya akan melibatkan sambutan Maal Hijrah dan tiada pelancaran berhubung TV Al-Hijrah sebagaimana yang dimaklumkan," katanya di dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, kenyataan akhbar yang dikeluarkan Jakim berhubung sambutan Maal Hijrah, memaklumkan saluran televisyen Islam pertama negara, TV Al-Hijrah akan turut dilancarkan pada majlis berkenaan.

Katanya pihak Jakim memohon maaf atas maklumat yang diberikan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain