suria

Naib Presiden Gerakan Keluar Parti

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan yang digantung keahlian selama tiga tahun hari ini bertindak keluar parti sebelum membuat keputusan menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM).

Huan mendakwa ada mendengar cakap-cakap keahliannya akan dilucutkan, maka adalah lebih baik beliau berundur dari parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

"Semasa saya mahu menyerahkan surat kepada Setiausaha Agung, Teng Chang Yeow pada Selasa dia memberitahu saya tak perlu menyerahkan surat berkenaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Huan membayangkan mahu menyertai PCM hujung minggu ini.

Pada 29 Jun lalu, Huan digantung keahlian selama tiga tahun selepas mengugut mahu keluar parti sebulan sebelum itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain