suria

Laporan Polis Dibuat Terhadap Kayveas

KUALA LUMPUR: Satu laporan polis dibuat hari ini terhadap Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas berhubung kenyataannya yang dianggap menghina Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T.Murugiah.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Brickfields di sini oleh R.Ellan Govan, yang mendakwa masih Ketua Pemuda PPP walaupun beliau dikatakan telah dipecat dan tempatnya digantikan oleh orang lain.

Ellan Govan berkata laporan itu bertujuan meminta polis menjalankan siasatan bagi membersihkan nama Murugiah akibat serangan peribadi oleh Kayveas.

Mengenai kedudukannya sebagai Ketua Pemuda PPP, beliau berkata, tiada surat pemecatan yang dikeluarkan oleh parti itu dan beliau tidak dimaklumkan bila timbalannya, Jamaludin Ghulamhan, telah dilantik menggantikannya.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain