suria

Pesara Boleh Tunai Waran Pencen Mulai 15 Disember

KUALA LUMPUR: Pesara yang mempunyai waran pencen bertarikh 16 hingga 31 Disember ini boleh menunaikan waran pencen mereka mulai 15 Disember berikutan sambutan Hari Krismas pada 25 Disember ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata pesara yang dibayar melalui Sistem Pembayaran Melalui Bank boleh menuntut pembayaran pencen mereka di bank-bank yang terlibat.

Menurutnya JPA sudah memaklumkan keputusan itu dan arahan bayaran awal kepada semua pihak termasuk bank yang terlibat sudah dilaksanakan.

Bagi sebarang pertanyaan berkaitan pembayaran awal, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Setempat di talian 038885 4906 atau di sambungan 4475, 4476, 4477 dan 4478. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain