suria

Batik Boleh Dijual Ke Seluruh Dunia Kata Pereka Malaysia Di Paris

KUALA LUMPUR: Batik boleh dijual ke seluruh dunia dan ini dibuktikan oleh pereka bentuk Malaysia yang berpangkalan di Paris apabila batik rekaannya dipakai oleh menteri wanita Perancis.

Ng Swee Kuang yang dilahirkan di Muar, yang mengeluarkan jenama Paris "Ornel' Soie" sangat teruja apabila Menteri Ekonomi, Industri dan Kerjaraya Perancis Christine Lagarde memutuskan untuk memakai pakaian batik rekaannya di majlis rasmi.

Ng tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada orang yang bertangung jawab menunjukkan batik kepada dunia, yang tidak lain tidak bukan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

"Beliau telah memperkenalkan batik ke seluruh dunia tanpa menyedarinya," kata Ng kepada Bernama di dalam temubual melalui telefon dari Paris baru-baru ini.

Najib yang bertemua Ng dalam lawatannya ke Paris baru-baru ini telah memberitahu Lagarde semasa kunjungan hormatnya mengenai pereka bentuk Malaysia yang berbakat yang berpangkalan di Paris itu.

Lagarde tersangat ingin menemuinya dan telah mengambil empat daripada lima pakaian batik yang ditunjukkan kepadanya yang termasuk jaket dan pakaian wanita.

Ng sangat teruja kerana Lagarde adalah salah seorang daripada wanita yang paling berkuasa di dunia dan ini juga satu kejayaan bagi batik di dalam dunia fesyen Paris.

Lagarde telah memakai jaket batik untuk menghadiri satu acaraacara barubaru ini semasa persidangan APEC di Singapura dan samasa menemui para pembesar asing di Paris.

Motif batik itu direka bentuk oleh Karyaneka dan Ng menggunakannya di dalam rekaannya.

Katanya Lagarde telah menghubunginya untuk memberitahu penghargaannya dan mahu beliau mereka bentuk lagi pakaian batik yang lain bagi kegunaannya.

Sementara itu, Ng yang tinggal di Paris sejak lebih 20 tahun, mempunyai satu butik di jalan utama di ibu negara Perancis itu dan rekaannya telah dijual di seluruh dunia di dalam segmen mewah Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun.

Bakat dan kemahirannya mengendalikan pelbagai jenis bahan mendapat sanjungan Presiden Nasional Persatuan Ahli Kraftangan Terbaik Perancis, Olga Saurat.

Bagaimana pun, anak pencetak kain pelikat dari Muar ini tetap merendah diri dan menyatakan bahawa beliau ingin menurunkan kemahirannya kepada jenerasi Malaysia akan datang.

"Saya ingin menunjuk ajar rakyat Malaysia. Saya mahu mereka berjaya. Tolong sampaikan pesan ini kepada sebarang rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan kemahiran itu," katanya.

Laman webnya adalah www.ornelsoie.com. Ng telah mengembangkan bakatnya semasa bekerja di kilang kain pelikat bapanya dan kemudiannya belajar fesyen di Tokyo dan kemudiannya menyempurnakan kemahirannya di "School of Chamber Syndicate of Parisian Fashion."

Beliau telah menunjukkan kesungguhannya di dunia fesyen Paris yang kompetitif sebelum dapat membuka satu butik pada 1998 dengan sokongan isterinya yang berbangsa Thai, Kanokthip.

Ng turut menguarakan penghargaannya kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang telah melapangkan masanya untuk melihat koleksinya bersamasama dengan Najib di Rumah Malaysia di Paris, serta isteri Duta Malaysia yang telah meperkenalkan reka bentuknya kepada orang kenamaan yang lain. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Adun Melor Kini Dirawat Di HUSM

Artikel Lain