suria

Lelaki Dirompak Di Depan Bank Semasa Hendak Simpan Wang Syarikat

KUANTAN: Seorang penyelia sebuah syarikat rokok yang 'membungkus' wang tunainya di dalam beg plastik dirompak seorang lelaki di hadapan sebuah bank di Jalan Temerloh dekat Mentakab, semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Nordin Mustapha berkata kejadian berlaku pada kirakira 11 pagi semasa lelaki berumur 57 tahun itu hendak membuka pintu bank berkenaan, untuk memasukkan wang tunai RM12,600 ke dalam akaun syarikatnya.

"Tiba-tiba dia didatangi seorang lelaki dari arah belakang, yang kemudiannya merentap beg plastik berisi wang tunai di tangannya," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya lelaki itu sempat bergelut dengan suspek, namun suspek berjaya melarikan diri bersama wang itu dengan sebuah kereta.

Nordin berkata polis sedang meningkatkan usaha memburu suspek berpandukan kamera litar tertutup di dalam bank itu. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain