suria

Airasia Tawar Sejuta Tempat Duduk Percuma Dalam Promosi

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, mengumumkan hari ini bahawa ia akan menawarkan sejuta tempat duduk percuma ke lebih 70 destinasi dalam promosi terbarunya, "Free Seats" mulai esok, 11 November.

Promosi yang berakhir pada 15 November itu adalah bagi tempoh perjalanan dari 1 Mei hingga 30 Oktober, 2010, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Destinasi-destinasi berkenaan, yang merangkumi China, India dan Taiwan, adalah dari rangkaian AirAsia yang terdiri daripada lebih 130 laluan dan 20 negara.

"Apabila ekonomi sukar, orang mencari pilihan perjalanan yang lebih murah tetapi menawarkan nilai lebih baik bagi wang mereka dan tiada pilihan yang lebih baik daripada penerbangan percuma," kata ketua bahagian komersial serantau AirAsia, Kathleen Tan.

Tempat duduk dalam promosi ini terhad dan boleh didapati atas dasar siapa cepat dia dapat dan boleh didapati secara online melalui www.airasia.com dan mobile.airasia.com, kata AirAsia. BERNAMA

Artikel Lain