suria

Tarik balik peraturan untuk ringankan beban rakyat - Mustapa

JELI: Langkah kerajaan menarik balik Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan bertujuan meringankan beban rakyat yang masih menggunakan kenderaan lama dan sekali gus tidak bercanggah dengan peraturan jalan raya yang dikuatkuasakan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Menyatakan demikian, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, "Kita lakukan itu semua adalah kerana mengambil kira kepentingan rakyat, khasnya golongan yang perlu diberi pembelaan".

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa bencana alam peringkat jajahan Jeli di Kompleks Umno Bahagian di Bukit Nangka, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau juga merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Bumi Hijau kepada penternak ikan keli di kawasan Parlimen Jeli.

Pada 28 Oktober, kementerian itu mengumumkan Dasar Automotif Nasional (NAP) termasuk Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan yang memperkenalkan pemeriksaan mandatori tahunan sebagai keperluan pembaharuan cukai jalan untuk kenderaan berusia 15 tahun dan ke atas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain