suria

Warga Emas Mati Dibunuh Suami Sendiri

ALOR SETAR: Seorang wanita warga emas mati di percayai dibunuh suaminya sendiri dalam satu kejadian di Kampung Kuala Sungai, dekat sini hari ini.

Bedah Ali, 70an mati akibat ditikam di bahagian kiri perut dengan sebilah pisau. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira pada pukul 12 tengah hari.

Anak tiri wanita itu, Ismail Hashim, 60, berkata beliau singgah di rumah ibu tirinya untuk menziarahi beliau kira-kira 11.50 pagi semasa pulang dari bandar ini.

"Saya nampak berlaku pertengkaran antara Bedah dan seorang lelaki. Lelaki itu mengeluarkan pisau yang diselit di pinggangnya lalu terus menikam ibu tiri saya," kata Ismail kepada pemberita di tempat kejadian.

Ismail berkata suspek cuba menikam ibu tirinya sekali lagi selepas tikaman pertama namun beliau berjaya menghalangnya.

Katanya lelaki itu kemudian cuba melarikan diri tetapi beliau dengan dibantu seorang penduduk berjaya mengejar dan memberkasnya untuk diserahkan kepada polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab mengesahkan kejadian itu dan berkata kes itu disiasat di bawah Akta 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau yang dihubungi berkata seorang lelaki berumur 80 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain