Draf undang-undang hidu gam ke Peguam Negara - Semasa | mStar

Draf undang-undang hidu gam ke Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Draf rang undang-undang mengenai kesalahan menghidu gam telah dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk diteliti, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusof berkata pada masa sekarang, tidak ada satu undang-undang pun yang digubal untuk meletakkan aktiviti penagihan gam sebagai satu kesalahan di sisi undang-undang.

"Tetapi dari segi penguatkuasaan kita perhebatkan kempen di kalangan masyarakat terutama di kalangan pelajar sekolah supaya mereka tahu bahawa kegiatan menghidu gam itu boleh membahayakan kesihatan dan melibatkan kematian jika berlarutan," katanya menjawab soalan tambahan Dr Lo'Lo' Mohamad Ghazali (PAS-Titiwangsa) yang membangkitkan perkara itu.

Terdahulu menjawab soalan asal Dr Lo'Lo, Abu Seman memberitahu terdapat 25 kes rampasan secara besar-besaran dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2008 manakala 30 kejayaan lagi dicatatkan sehingga September tahun ini.

Antara operasi yang membawa kejayaan besar pada 2008 termasuk kes rampasan dadah bernilai RM44 juta apabila PDRM membongkar sebuah makmal haram yang digunakan untuk memproses dadah di Senai, Johor.

Pada tahun ini pula, antara kes yang menarik juga melibatkan penjualan pil erimin 5 dengan nilai rampasan dianggarkan RM20 juta.

Dalam kes rampasan di Sg. Nibong, Pulau Pinang itu seramai 11 lelaki dan dua wanita ditangkap, katanya. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini