Dr M kecewa ada segelintir masyarakat sanggup cabar kewibawaan polis - Semasa | mStar

Dr M kecewa ada segelintir masyarakat sanggup cabar kewibawaan polis

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa dengan segelintir masyarakat yang tidak menghargai kewujudan polis sehingga ada yang sanggup mencabar kewibawaan pasukan keselamatan negara itu dalam menjalankan tugas mereka.

Beliau berkata masyarakat sepatutnya bersyukur akan kehadiran polis dan bukannya mempersoalkan tindakan yang diambil mereka termasuk terpaksa menggunakan kekerasan dalam menjamin keamanan dan keselamatan negara.

"Sekarang ini negara kita tidak macam dulu...dulu aman...orang sendiri tahu setakat mana kemampuan...tapi sekarang nampak kecenderungan untuk melanggar undang-undang.

"Kerana kalau dia ramai, dia ingat boleh langgar undang-undang dan polis tidak boleh buat apa...ini satu mindset yang tidak baik...kadang-kadang dia cabar undang-undang, dia fikir dia ramai."

"Jadi kalau polis bertindak dan mereka berkeras, kenalah polis pun berkeras...tuduhlah polis (buat kekerasan) tapi bantahan dari mereka yang buat demonstrasi dan sebagainya yang menyebabkan polis terpaksa guna kekerasan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Unit Tindakan Khas (UTK) di sini semalam.

Turut hadir isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Timbalannya, Tan Sri Ismail Omar, komander UTK, Datuk Jaafar Mohd Yusof dan pegawai-pegawai kanan UTK.

Pada majlis itu beliau turut melahirkan penghargaan kepada UTK sepanjang lebih 30 tahun mengawal dan menjaga keselamatannya dan keluarga ketika berkhidmat sebagai Perdana Menteri. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.