suria

Abdullah akan terima anugerah khas UUM pada 12 Dis

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi akan diberi penghargaan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi anugerah khas Mahaputra yang akan disampaikan pada malam bankuet diraja UUM di sini pada 12 Dis depan.

Naib Canselor UUM Tan Sri Dr. Nordin Kardi berkata anugerah khas itu adalah bagi menghargai jasa Abdullah sepanjang beliau menjadi perdana menteri.

Beliau berkata tetamu diraja pada malam itu ialah Canselor UUM Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Sultanah Kedah Tuanku Haminah Hamidun serta anggota kerabat Diraja.

Perdana perdana menteri Malaysia keempat Tun Dr. Mahathir Mohamad serta isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, serta Tun Jeanne Abdullah adalah antara tetamu kehormat pada bankuet itu bersempena sambutan Jubli Perak UUM, katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pada malam itu juga penganugerahan Tokoh Alumni bagi bekas alumni UUM yang berjaya dalam bidang masingmasing seperti sektor kerajaan, swasta, usahawan, khidmat masyarakat dan politik akan turut diberikan. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain