suria

Lelaki mati ditembak di Ladang kelapa sawit

KINABATANGAN: Seorang lelaki mati ditembak oleh dua perompak di sebuah ladang kelapa sawit, kira 100 kilometer dari sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan DSP Jaini Abdul Kadir berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.30 petang ketika mangsa yang memandu sebuah pacuan empat roda bersamasama tiga yang lain sedang dalam perjalanan ke bandar Sandakan untuk menukar cek pekerja di bank.

Katanya ketika melalui satu kawasan di ladang tersebut, dua lelaki bertopeng tibatiba muncul dari kawasan belukar di tepi jalan lalu melepaskan tembakan ke arah kereta yang dipandu mangsa.

"Salah satu das tembakan itu telah mengenai tengkuk mangsa dan menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jaini berkata tiga penumpang dalam kenderaan itu terdiri seorang pekerja lelaki dan seorang pekerja wanita dan anak perempuannya berusia 10 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Dua perompak terbabit kemudian mengambil barangbarang milik mangsa termasuk cek pekerja yang tidak diketahui jumlahnya sebelum melarikan diri tanpa mencederakan tiga penumpang berkenaan, katanya tanpa mendedahkan identiti mangsa.

Jaini berkata operasi menjejaki dua suspek telah dilancarkan manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Kinabatangan untuk bedah siasat. BERNAMA

Artikel Lain