Isteri Noordin Mat Top ke Jakarta dalam masa terdekat - Semasa | mStar

Isteri Noordin Mat Top ke Jakarta dalam masa terdekat

JOHOR BAHARU: Isteri Allahyarham Noordin Mohamad Top, pengganas nombor satu Asia yang terbunuh minggu lepas, akan ke Jakarta dalam tempoh terdekat ini untuk menuntut jenazah suaminya dan membawanya pulang ke Malaysia untuk dikebumikan.

Menurut sumber keselamatan, isteri pertama Noordin yang dikenali sebagai Rahmah seorang guru al-Quran di Ulu Tiram, Johor Baharu akan ditemani oleh abang ketua pengganas itu, Yahya ke Jakarta.

"Keluarga Allahyarham Noordin di Malaysia telah pun membuat keputusan dan bersetuju untuk menghantar isteri dan abang beliau ke Jakarta untuk menuntut dan membawa pulang jenazah ke Malaysia.

"Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Pontian," menurut sumber yang enggan dikenali itu kepada Bernama semalam.

Menurut sumber itu lagi, beliau menjangkakan tarikh paling awal jenazah Allahyarham boleh dibawa pulang ke Malaysia untuk dikebumikan di Pontian ialah pada 29 Sept ini.

Katanya, agensi-agensi kerajaan Indonesia pada ketika ini sedang bercuti panjang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, menyebabkan proses penghantaran pulang jenazah Noordin mengambil masa yang agak panjang.

Minggu lepas, Noordin, 41, yang mengetuai kumpulan serpihan Jemaah Islamiyah yang lebih radikal terbunuh dalam operasi yang dilaksanakan oleh pasukan elit anti keganasan Indonesia "Detasmen Khusus 88" di Solo, Jawa Tengah, menamatkan buruan sembilan tahun pihak berkuasa serantau.

Selain Noordin, tiga lagi rakannya turut terbunuh dalam operasi terbabit.

Allahyarham, seorang bekas akauntan dan pensyarah Matematik didakwa sebagai perancang utama siri serangan pengganas di Indonesia termasuk di dua buah hotel mewah di Jakarta, Ritz Carlton dan JW Marriott pada Julai lepas yang mengorbankan sembilan orang termasuk dua yang dikenalpasti sebagai pengebom berani mati.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Isu Selcat: 2 wakil BN mahu keluar tanda protes

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain