suria

Agong lawat Arab Saudi dari 22-24 September

KUALA LUMPUR: Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah akan melawat Arab Saudi dari 22 hingga 24 September.

Lawatan baginda berdua adalah atas jemputan pemerintah Arab Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz AlSaud bersempena dengan perasmian Universiti Sains dan Teknologi Raja Abdul Aziz AlSaud (KAUST) di Jeddah pada 23 September.

Menurut satu kenyataan daripada Kementerian Luar baginda berdua akan diiringi oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Khaled Nordin dan beberapa pegawai kanan dari Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Luar.

Beberapa ketua negara dan kerajaan, lebih kurang 30 wakil daripada universiti paling berpestij di dunia, dan 20 pemenang hadiah nobel turut dijangka menghadiri majlis perasmian itu.

Juga semasa lawatan itu, Yang diPertuan Agong dan ketua-ketua negara yang lain dijadual mengadap Raja Abdullah, dan juga diraikan di majlis makan malam gala yang diadakan selepas majlis perasmian KAUST.

Baginda berdua juga dijangka mengerjakan Umrah dan akan bertemu dengan masyarakat Malaysia di Jeddah bersempena dengan sambutan Aidilfitri.

Kenyataan Kementerian Luar itu juga menyebut lawatan diraja ke Arab Saudi itu melambangkan hubungan mesra dan akrab antara Kuala dan Riyadh.

Lawatan itu juga menyumbangkan kepada usahausaha untuk meningkatkan lagi kesetiakawanan dan persefahaman antara Malaysia dan Arab Saudi. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain